بسم ألله الرحمن الرحيم
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani"
Assalammualaikum....dan salam sejahtera...
terima kasih kerana datang ke blog saya..
moga Allah berkati hidupmu...
Aaminn..
Novel...aaahhhh
dah belambak kat rumah aku....
malas lah nak beli dah....
dah baca buat koleksi...
mengamuk mak aku karang...
Hahahahahh...
semua ni akan terlintas di fikiran korangkan
situasi ni sama macam saya,
saya memang minat membaca novel dan komik,
terutama yang berunsurkan islamik dan ilmiah,
ada jer... yang tak ada kaitan...
hahahaha...
Disini anda tak perlu nak beli novel dan komik cuma sewa saja!!
In sya Allah dengan keizinan Allah saya akan dapat memberi sewa kepada sesiapa yang mahu membaca novel atau komik tanpa membelinya. Saya memberi peluang kepada peminat novel untuk membaca tanpa gusar tentang duit yang akan dikeluarkan..In Sya Allah.
Macam mana nak menyewa?
senang jer...
Sewa 1 buku adalah RM5 tak kiralah keadaannya, baru atau lama, mahal ke tak dan novel atau komik...semua harga sama.
Tempoh anda sewa cuma 2 minggu untuk satu buku, saya akan campurkan tempoh sewaan jika dalam satu transaksi. Tetapi saya akan asingkan tempoh sewaan jika berlainan transaksi.
Kalau kamu hendak tambah tempoh pun boleh, harganya RM2...atau anda lewat pulangkan dalam masa tempoh yang ditetapkan akan dikenakan caj tambahan RM4 saja...sila maklumkan dulu jika mahu lanjutkan tempoh. "Kalau tak faham tak payah peningkan kepala...email,PM,SMS saya saja..ok".
Untuk deposit pula saya akan minta sama dengan harga buku tu..contohnya, kalau buku tu RM20..so deposit dikenakan RM20.
Jangan risau In sya Allah saya akan jaga deposit anda dengan baik.
Deposit akan diserahkan semula hanya setelah buku sampai ke tangan saya.
Saya mengunakan sistem pos laju..setelah saya dapat bayaran penuh baru saya akan proses.
Harga perkhidmatan pos laju tertakluk kepada terma dan syarat syarikatnya. Kamu dikehendaki menghantar semula buku yang disewa mengunakan pos laju. Kos penghantaran dan pemulangan akan ditanggung oleh pelanggan sendiri.
Proses:
- Pelanggan memilih buku yang hendak disewa.
- Memberi maklumat yang dikehendaki kepada saya (Nama penuh, No.I.C, No. Phone & tel. Rumah, Alamat rumah penuh, No.akaun Maybank/Bankislam, dan Kod buku yang nak disewa) melalui email: nexionfaiz@gmail.com / PM di Facebook: faizramlan12 / SMS saya: 012-9703057.
- Pengesahan butiran dan stok akan dilakukan.
- Jika ada stok, saya akan maklumkan. Manakala jika tiada stok pun saya akan maklumkan.
- Selesai pengesahan butiran dan stok, anda perlu memindahkan bayaran (Bayaran = Sewa + Deposit + Pos Laju) ke akaun Maybank: 162405077820 atau Bankislam: 12225020076026. Anda hendaklah membuat bayaran dalam masa 48JAM dari masa pengesahan dilakukan, tempahan akan dibatalkan jika tiada sebarang penerimaan bayaran atau bukti bayaran dari kamu.
- Proses pembungkusan pesanan akan dilakukan hanya jika bayaran dan bukti bayaran telah pun dibuat.
- Saya akan hantar pesanan melalui Pos Laju. Saya akan maklumkan jika proses ini sudah dilaksanakan In Sya Allah.
- Pengesahan perlu dibuat oleh kamu, jika sudah menerima pesanan atau pun tidak. Jika belum In Sya Allah saya akan usahakan.
- Anda perlu memulangkan buku yang disewa sebelum tamat tempoh sewaan. Kalau buku tu dah sampai ke tangan saya, duit deposit akan dipulangkan. "Minta tolong bagi no. akaun bank eh.."
- Saya akan tolak dari duit deposit sebanyak RM4 dan akan berganda setiap 3 hari bermula tamat tempoh sewaan, jika anda lewat memulangkan buku yang disewa melebihi tempoh sewaan Kalau anda tidak memulangkan buku sewaan dalam masa sebulan duit deposit tidak akan dipulangkan kepada anda (secara rasmi duit deposit itu jadi milik saya, In Sya Allah).
#RS1
#RS2
#RS3
#RS4
#RS5
#RS6
#RS7
#RS8
#RS9
#RS10
#RS11











No comments:
Post a Comment